Pelakon Nad Zainal yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman kini sudah stabil dan dan tidak lagi dirawat di ICU.
Berita gembira itu dikongsikan oleh sahabat Nad Zainal yang juga merupakan pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin menerusi hantarannya di Instagram.
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masih belum begitu kuat.
“Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” tulisnya dalam hantaran di media sosial.
Shahrulezad Bersama teman-teman yang lain memutusakan untuk tidak terlalu kerap memuatnaik perkembangan mengenai Nad kerana ingin menghormati ahli keluarga Nad.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.