Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Cerai atau Tidak, Biarlah Masa Tentukan…” – Nadiyah Shahab

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Sep 2025, 11:16 AM

“cerai atau tidak, biarlah masa tentukan…” – nadiyah shahabFoto: Instagram

Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab , akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi rumah tangganya bersama aktor Ben Ali yang hangat diperkatakan sejak tahun lalu.

Menurut Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, hanya masa yang akan menjawab persoalan sama ada rumah tangga mereka kekal atau sebaliknya.

“Kalau nampak Ben dengan orang lain, maknanya memang kami sudah berpisah. Seiring masa berjalan, mungkin beberapa tahun lagi semua akan tahu,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Absolute Bazaar X Festival Raya 2026.

Mengulas lanjut, Nadiyah menegaskan fokus utama mereka ketika ini adalah perniagaan bersama di bawah jenama Absolut, meskipun dihujani pelbagai spekulasi.

“Syarikat kami hasil usaha berdua. Rezeki itu milik Allah, sama ada bersama atau tidak, perniagaan tetap berjalan. Kalau tiada saya dan Ben, tidak wujudlah Absolut,” jelasnya.

Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, yang turut hadir memberitahu bahawa hubungan rapat mereka akan berterusan walaupun apa sahaja takdir yang menanti.

“Kalau pun satu hari nanti saya dan Nadiyah sudah berpisah, kami tetap akan jadi kawan baik. Sebelum berkahwin pun kami memang rapat, jadi orang baharu kena terima hakikat itu,” ujarnya.

Menurut Ben, timbulnya gosip keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kurangnya penampilan bersama di media sosial atau acara hiburan.

“Status rumah tangga ini subjektif. Kami kerap keluar berdua, cuma tidak ditunjukkan di media sosial. Jadi netizen fikir kami sudah tidak bersama.

“Hakikatnya, kami sibuk dengan urusan kerja masing-masing, ada yang ke luar negara. Saya harap semua doakan yang baik-baik,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Singapura pada 10 November 2018. Namun, selepas hampir tujuh tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us