
Sebuah keluarga yang merancang untuk bercuti bersama sanak saudara di Cameron Highlands, Pahang tidak dapat merealisasikan hajat tersebut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.
Mohd. Junaizi Jusoh, 48, dan isterinya, Shazwani Ismail, 39, bersama anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, serta adik Shazwani, Farhana Ismail, 35, tragisnya maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung.
Menurut, Kakak Shazwani, Najdiah Ismail, 41, sebelum kejadian, tiga buah kenderaan keluarganya berkonvoi dari Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, Terengganu ke Cameron Highlands untuk bercuti dan akan pulang esok.
Katanya, dia menyedari kejadian menimpa keluarga adiknya itu sebaik tiba di Kea Farm, Cameron Highlands selepas tidak dapat menghubungi Shazwani.
“Apabila sampai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lojing, kami sempat berhenti rehat di situ. Kereta dinaiki arwah Shazwani bersama adik (Farhana) berada di belakang sekali.
“Kami beberapa kali menghubungi Shazwani dan Farhana, namun panggilan tidak berjawab sehingga membuat keputusan untuk berpatah balik,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.