Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

15 Pelajar UPSI Maut, Puluhan Cedera dalam Nahas Bas dan MPV di Tasik Banding

IDRUS, Husna Najwa
09 Jun 2025, 10:35 AM

15 pelajar upsi maut, puluhan cedera dalam nahas bas dan mpv di tasik banding

Foto: Astro Awani

Negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati apabila sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran Tasik Banding awal pagi ini.

Menurut maklumat awal yang diterima daripada Astro AWANI dan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak, nahas berlaku sekitar jam 1.10 pagi ketika bas yang membawa pelajar UPSI sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus utama mereka di Tanjung Malim, Perak. Difahamkan, bas berkenaan bertolak dari Jerteh sekitar jam 9 malam semalam.

15 pelajar upsi maut, puluhan cedera dalam nahas bas dan mpv di tasik banding

Foto: Astro Awani

Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 13 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gerik. Sementara itu, puluhan lagi mengalami kecederaan dengan tujuh orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah. Seramai 20 mangsa lain berada dalam zon kuning, manakala enam lagi di zon hijau yang menunjukkan kecederaan ringan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan yang meragut banyak nyawa muda ini. Kerja-kerja menyelamat dan membawa mangsa ke hospital dijalankan dengan pantas oleh APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta pasukan perubatan dari Hospital Gerik.

Kehilangan tragik ini bukan sahaja mengejutkan keluarga mangsa, tetapi juga seluruh warga UPSI serta rakyat Malaysia. Difahamkan, pihak universiti sedang menguruskan bantuan kepada keluarga mangsa, termasuk menyediakan kaunseling dan sokongan psikososial.

Suasana hiba menyelubungi Hospital Gerik pagi ini apabila ahli keluarga dan rakan-rakan pelajar tiba untuk mengenal pasti mangsa. Di kampus UPSI pula, bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung, manakala satu majlis tahlil akan diadakan bagi mengenang pemergian para pelajar yang terlibat.

Semoga roh semua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us