Sejak April lalu, kota Surabaya, Indonesia mewajibkan semua penumpang bas Suroboyo untuk membayar menggunakan sampah plastik lebih-lebih lagi botol plastik. Inisiatif ini dikuatkuasakan untuk mendidik penduduknya agar selalu menjaga kebersihan.
Kadar penukaran sampah plastik untuk menaiki Bas Suroboyo ini adalah 10 gelas bekas minuman plastic atau 5 botol air plastik ukuran sederhana, atau 3 botol botol air plastik ukuran besar. Ini adalah kadar untuk seorang penumpang.
Program ini dapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan rakyat Indonesia. Menurut pegawai pengangkutan Surabaya, Franki Yuanus, program itu bertujuan bukan saja untuk mengurangkan sampah tetapi untuk menangani kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam.
Sumber : BBC Odisi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.