Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nama Bayi Paling Popular Tahun 2020, Muhammad Dan Sophia!

Memilih nama anak memang satu cabaran yang besar sebenarnya!
Editor
07 Dec 2020, 05:45 PM

Walaupun tahun 2020 amat penuh dengan pelbagai cabaran namun ia akan melabuhkan tirai jua.

Pakar keibubapaan di BabyCentre berkongsi maklumat mengenai nama-nama paling popular yang diberikan ibu bapa tahun 2020 ini. 

Menurut laporan, Mirror UK, ribuan ibu bapa telah mengunjungi laman web ini untuk mendaftarkan pilihan nama bayi mereka dan BabyCentre telah mengumpulkan semua data untuk mengungkap 100 nama teratas bagi lelaki dan perempuan.

Selama tiga tahun bertutur-turut nama Olivia berada di tempat pertama. Namun, nama Olivia tersingkir dari tempat pertama dan hatch pada tempat kedua. Sebaliknya, nama Sophia menduduki tempat pertama dan Amelia di tempat ketiga.

Untuk kanak-kanak lelaki, Muhammad tetap menjadi nama paling popular untuk satu tahun lagi, diikuti oleh Noah dan Oliver.

Walaupun nama-nama baru menjadi semakin popular, namun ada satu nama yang sangat tidak disukai oleh ibu bapa iaitu Karen.

BabyCentre turut memaklumkan trend pilihan nama pada tahun ini dipengaruhi oleh program yang disiarkan di televisyen.

Editor Pengurusan BabyCentre United Kingdom (UK), Sarah Redshaw berkata gara-gara pandemik COVID-19 ia membuat ibu bapa menjadi lebih optimis dan positif dengan pemilihan nama-nama. Bahkan nama Chadwick juga didaftarkan untuk pertama kalinya selepas kematian pelakon filem Black Panther, Chadwick Boseman.

Ini senarai 20 nama top lelaki dan perempuan tahun ini;

Lelaki

  1. Muhammad
  2. Noah
  3. Oliver
  4. Arthur
  5. Leo
  6. Freddie
  7. George
  8. Theo
  9. Charlie
  10. Jack
  11. Harry
  12. Oscar
  13. Ethan
  14. Archie
  15. Finley
  16. Alfie
  17. Joshua
  18. Jacob
  19. Thomas
  20. Isaac

Perempuan

  1. Sophia
  2. Olivia
  3. Amelia
  4. Lily
  5. Isla
  6. Ava
  7. Mia
  8. Aria
  9. Freya
  10. Isabella
  11. Ella
  12. Ivy
  13. Emily
  14. Grace
  15. Isabelle
  16. Rosie
  17. Poppy
  18. Evie
  19. Charlotte
  20. Hannah

Semoga bermanfaat! Mungkin boleh membantu dan memberi idea kepada bakal ibu bapa di luar sana untuk pemilihan nama bayi korang.

Sumber: Mirror UK

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us