Pandangan umum kepada seseorang individu yang tidak mempunyai adik beradik dan dibesarkan sebagai anak tunggal adalah mereka seorang yang narsisitik. Apakah itu narsisistik? Sifat narsisistik adalah sifat dimana seseorang itu mempunyai kekaguman terhadap kebolehan dan kelebihan diri sendiri. Antara sifat yang berkait adalah kesombongan dan mementingkan diri sendiri.

Prejudis ini mungkin berteraskan anggapan bahawa kerana mereka merupakan satu0satunya tanggungan ibu bapa, mereka dimanja dan segala kemahuan mreka dipenuhi. Anggapan ini telah lama berada di kalangan awam dan dikuatkan lagi dengan penampilan anak-anak tungal yang dilakonkan di media seperti drama dan filem. Terdapat juga kajian lepas yang menunjukkan sedikit kaitan antara anak tunggal dan sifat narsisistik ini.
Walaubagaimanapun, kajian terbaru yang dijalankan di Jerman, menunjukkan hasil yang sebaliknya. Kajian yang melibatkan 1,810 responden itu menunjukkan tiada kaitan yang kukuh bagi menghubungkan antara individu yang dibesarkan sebagai anak tunggal ataupun ereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang adik-beradik.
Kajian tersebut, secara khususnya melihat kepada perasaan mengagumkan diri sendiri dan persaingan dengan orang sekeliling. Para pengkaji melihat dia perbandingan yang nyata dalam kedua-dua perasaan ini antara anak tunggal atau mereka yang mempunyai adik beradik.
Sumber: Science Alert
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.