Kredit gambar utama: Shutterstock
Rakyat Malaysia dan nasi memang tak boleh nak dipisahkan. Sehingga jika berada di luar negara sekalipun, tetap cari nasi. Nasi lemak, nasi kerabu, nasi goreng dan nasi dagang dijual seawal pagi, nasi ayam dan nasi minyak pula di tengah hari. Malam pun kita masih cari nasi. Pendek kata sehari tanpa nasi, hidup serba tak lengkap. Sejauh mana anda mengenali 5 nasi ni?
Nasi Kebuli

Kredit: Shutterstock
Makanan tradisi Negeri Pahang khususnya di Daerah Lipis. Hidangan ini dikatakan hidangan diRaja dan kebiasaannya dimasak pada acara keraian. Kebuli juga dikatakan singkatan untuk Nasi Ke Bawah Duli. Kebanyakan nasi kebuli Pahang dimakan bersama ayam atau kambing.
Nasi Beringin

Kredit: Selera Nasi Beringin Segamat/Facebook
Nasi beringin ni rasanya seperti seakan nasi lemak, nasi beryani dan nasi ayam. Boleh dimakan dengan ayam goreng dan kuah sambal atau kuah kari tetapi kebiasaannya dimakan dengan ayam masak merah dan acar.
Nasi Tumpang

Kredit: The Nasi Tumpang/Facebook
Nasi lembik yang disusun bersama lauk pauk berbeza seperti sambal ikan, kari udang, serunding ikan dan telur dadar dan dibungkus menggunakan daun pisang berbentuk kon.
Nasi Lemuni

Kredit: Malay Mail Online
Nasi yang popular di Pulau Pinang ini berwarna kelabu gelap kerana dimasak dengan daun Lemuni. Rasanya juga sedikit pahit tetapi cukup enak dimakan begitu saja atau dihidang bersama sambal, timun, telur rebus dan lauk tambahan seperti ikan goreng, ayam goreng atau ayam madu.
Nasi Kuning

Kredit: Shutterstock
Nasi kuning atau nasi lemak kuning dimakan dengan kari ayam atau lauk kari daging. Rasa dan teksturnya seperti nasi lemak tetapi nasi ini tidak menggunakan santan dan ditumis seperti nasi minyak.

Nak tau rahsia memasak nasi yang sedap? Selain sukatan air dan teknik memasak yang betul, pilihlah beras yang lembut, bertekstur panjang dan aroma memikat seperti beras Pusa 1121 Faiza Basmathi. Produk baharu Syarikat Faiza ini tentunya pilihan tepat untuk menghasilkan hidangan Nasi Beriani buat santapan keluarga.
Dapatkannya di kedai runcit dan pasaraya berhampiran. Layari website dan Facebook untuk info lanjut, Pastikan Faiza, Baru Beli!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.