Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Neelofa Puji Keperibadian Aisyah Aziz, Terima Kehadiran Biras Baharu dengan Hati Terbuka

ROSTAM, Mohamad Firdaus
29 Apr 2025, 02:56 PM

neelofa puji keperibadian aisyah aziz, terima kehadiran biras baharu dengan hati terbukaFoto: Instagram

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, meluahkan rasa syukur dan gembira atas perkahwinan penyanyi Aisyah Aziz dengan abang kepada suaminya, PU Riz.

Menurut Neelofa, beliau telah lama mengetahui tentang hubungan antara Aisyah dan abang iparnya, namun memilih untuk menghormati privasi pasangan tersebut sehingga mereka sah bergelar suami isteri.​

"Saya dah tahu lama dah (hubungan Aisyah dan abang ipar) tapi sudah tentu saya hormat hubungan mereka. Selagi tak ada akad dan kita pun tak tahu apa jadi," ujar Neelofa.​

Neelofa turut berkongsi bahawa pasangan baharu itu kini tinggal berdekatan dengan kediamannya, memudahkan hubungan kekeluargaan yang lebih erat. Beliau mendoakan agar rumah tangga mereka sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.​

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka pun duduk dekat saja dalam kawasan rumah saya. Jadi, doakan supaya mereka layari rumah tangga dengan mudah dan baik," tambahnya.​

Dalam perbualan tersebut, Neelofa tidak ketinggalan memuji sifat peribadi Aisyah Aziz yang disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut dan mudah menyesuaikan diri.​

"Aisyah seorang yang sangat lemah lembut, baik, seorang yang tak banyak songeh. Dia sangat mudah untuk menyesuaikan diri pada perubahan," katanya.​

Beliau juga menyifatkan abang iparnya sebagai seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati orang tua, sesuai dengan peranannya sebagai anak sulung dalam keluarga.​

"Abang ipar saya ini kan anak sulung, jadi dia seorang yang bertanggungjawab. Seorang yang beradab… kalau mana-mana ibu bapa tengok terus suka la. Dia pun pandai ambil hati orang tua," ujar Neelofa lagi.​

Untuk rekod, Aisyah Aziz telah melangsungkan perkahwinan dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us