Usahawan kosmetik, Aliff Syukri dilihat sedang merakam lagu raya yang berkemungkinan akan dikeluarkan pada tahun ini.
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi Iman Troye, dapat dipastikan Aliff Syukri kelihatan sangat ‘beremosi’ dalam menyampaikan lagu berkenaan.
Dalam pada itu, Iman Troye menjelaskan bahawa lagu raya ini dihadiahkan kepada Aliff Syukri bagi mengelakkan sengketa bersama usahawan tersebut berpanjangan.
“Alhamdulillah, Dato dah tarik saman. Kita orang pancing Dato dengan bagi satu lagu demo iaitu lagu raya. So, korang doalah yang terbaik lagu raya Dato ni ya,” ujarnya menerusi video.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen ‘tidak rela’ dengan lagu yang dinyanyikan oleh usahawan kontroversi itu.
Rata-rata netizen bersetuju bahawa Aliff Syukri lebih sesuai menjalankan urusan perniagaannya dan jangan melibatkan diri lagi dalam dunia nyanyian.
Malah, terdapat netizen yang turut mendakwa dirinya mengalami ‘seram sejuk’ setelah mendengar nyanyian Aliff Syukri dan tidak kurang juga netizen yang terkejut dengan ‘vokal’ nyanyian beliau.
Dalam pada itu, menerusi video yang sama, usahawan tersebut turut memuji dirinya dengan mengatakan bahawa suaranya sangat merdu.
“Sedapnya suara, inilah orang kata suara buluh perindu,” ujar Aliff.
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah menyanyikan lagu Bobo Di Mana bergandingan bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna pada tahun 2018.
Seterusnya, pada tahun 2019, dirinya tampil semula dengan lagu Jom Raya gandingan bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.