Apakah emoji yang paling anda suka gunakan? Setiap seorang daripada kita pasti mempunyai sekurangnya satu emoji kegemaran yang seringkali digunakan dalam perbualan setiap hari.

Tetapi, dalam banyak-banyak emoji yang wujud, apakah emoji yang paling kurang digunakan di dunia?
Sebuah akaun Twitter, Least Used Emoji Bot , akan berkongsi update tentang emoji yang paling kurang atau tidak digunakan langsung dalam perbualan. Antara emoji yang paling kurang digunakan adalah seperti:
#1 Simbol air yang tidak boleh diminum

#2 Simbol huruf

#3 Simbol kereta kabel

Sehingga artikel ini ditulis, simbol huruf ‘abc’ adalah emoji yang paling sedikit digunakan diserata dunia.

Sumber: Least Used Emoji Bot
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.