Bandar New York di Amerika Syarikat (AS) mencatat peningkatan kes jangkitan koronavirus sehingga mengatasi angka di Sepanyol dan Itali.
New York memecah rekod pada Rabu dengan angka kematian tertinggi dalam sehari, menurut Gabenor Andrew Cuomo.
New York kini mencatat 151,171 kes postif mengatasi Sepanyol yang melaporkan 148,200 kes dan Itali 139,422.
Menurut Cuomo, bilangan kematian juga turut meningkat kerana pertambahan mereka yang dimasukkan ke hospital untuk masa yang lebih lama.
"Sekarang bukan masa untuk berpuas hati, bukan masa untuk melakukan apa-apa yang lain daripada yang sedang kami lakukan.
"Ingatlah apa yang terjadi di Itali apabila sistem penjagaan kesihatan keseluruhannya menjadi lebih teruk, jadi kita perlu terus rajin; kita perlu terus berdisiplin.
"Tidak syak lagi bahawa kita sedang membengkokkan lengkung pandemik ini, dan tidak ada keraguan bahawa kita tidak boleh berhenti melakukan apa yang kita lakukan sekarang," katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.