
Foto: Instagram
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin sekali lagi mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya bakal memohon cerai buat kali kedua terhadap suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli.
Menurusi akaun Instagram miliknya, Nora memberitahu bahawa dia berbuat demikian bagi menuruti permintaan anak tirinya termasuk memohon maaf terhadap madu yang dikenali sebagai Ustazah Rose dan anak tirinya itu.
Nora bagaimanapun turut memaklumkan bahawa dia juga sudah bertindak untuk memadam foto bersama suaminya di media sosial miliknya.

Foto: Instagram
“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah Ustaz didesak untuk ceraikan saya, Ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.
“Saya minta maaf kerana memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah pun memadam semua gambar berdua kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.
“Saya akan penuhi permintaan Alia (anak tiri) dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose (madu) akan kembali monogami seperti yang diinginkan,” tulisnya.
Menurut penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu, dia juga mendakwa sedang mumujuk suami untuk menceraikannya selain mengaku khilaf.
“Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukan nama saya di media sosial.
“Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah,” katanya.
Untuk rekod, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.
Selepas sebulan mengumumkan perceraian itu, pendendang lagu Dendam Dalam Diam ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Sumber: Instagram @itsnoraariffin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.