
Kerap dilihat menghadiri majlis ilmu bersama bekas suami Nedim Nazri, Nora berkata, dia selesa dan tidak melihat di mana salahnya jika mahu membuat kebaikan.
"Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.
"Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri," katanya kepada wartawan.
Sementara itu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif turut tidak menolak terbitnya rasa sedih apabila kembali bersendirian menyambut Ramadan, namun bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.
Nora berkata, dia dan bekas suami, Nedim Nazri selalu bertemu, justeru rasa kehilangan tidak terlalu dirasai.
"Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama.
"Saya tinggal berdekatan dengan emak, jadi tidak rasa kehilangan," katanya.
Foto: Instagram
Dalam pada itu, sempena Ramadan, Nora tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa untuk bertadarus selama 15 hari.
"Saya mahu khatam al-Quran, insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga. Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri," katanya lagi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.