Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nuzul Quran: Ayat Pertama Al-Quran Yang Mula-Mula Turun

Peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW
Aimi Amira Nordin
19 Apr 2022, 06:00 AM

nuzul quran: ayat pertama al-quran yang mula-mula turun

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW, hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika baginda Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira’.

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Al-Alaq membawa maksud segumpal darah, yang mana merujuk kepada maksud dalam ayat kedua surah ini adalah manusia dijadikan Allah dari segumpal darah.

nuzul quran: ayat pertama al-quran yang mula-mula turun

Surah Al-Alaq ini menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dan memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Namun manusia merasakan dirinya sudah cukup serba-serbi, lalu sebab itulah dia tidak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu.

Turunnya Al-Quran secara keseluruhannya bukanlah sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT, tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia dan juga akhirat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us