Pelakon dan pengacara senior, Datuk Jalaluddin Hassan akui terkejut apabila namanya terpalit dalam kontroversi melibatkan selebriti yang bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan Operasi Ops Sky.

Foto: Harian Metro
Namun begitu, Jalaluddin menekankan bahawa dia hanya bertindak sebagai duta dan masih belum menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa setakat ini.
“Saya agak terkejut sebab selama saya bekerjasama dengan mereka tiada sebarang masalah dan semuanya baik-baik saja.
“Bila ditanya mengenai dari segi kewangan dari dulu hingga kini, semuanya puas hati dan tiada yang mencurigakan,” katanya ketika ditemui pada majlis Bulan Bintang Sedekad Menyinar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam, semalam.
Manakala, berbeza dengan penyanyi Ziana Zain, dirinya enggan memberikan sebarang komen berhubung kontroversi yang mempalitkan dirinya dan beberapa selebriti yang lain berhubung Operasi Ops Sky.
Foto: Harian Metro
“Tiada komen, saya hanya menyanyi sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui selepas tamat program realiti sebuah televisyen malam semalam.
Terdahulu, media melaporkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki membabitkan beberapa selebriti termasuk artis terkenal dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Keterangan telah diambil selepas siasatan mendapati terdapat sejumlah dana digunakan untuk selebriti, termasuklah menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.
Jelasnya, mereka akan dipanggil pada minggu ini untuk membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro ( Norhayati Nordin )
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.