Seorang remaja berasal dari wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia cedera apabila kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok lalu terbalik.

Berusia 14 tahun, dia dikatakan sedang cuba belajar memandu kereta di Jalan Bulo Pakoto, daerah Pinrang pada Jumaat lalu.
Sebuah rakaman video jelas memaparkan keadaan kereta yang terbalik dan rosak teruk selepas merempuh sebatang pokok.
Malah, penduduk sekitar yang menyaksikan kemalangan itu bertindak pantas memberikan bantuan dan mengeluarkan mangsa dari kereta itu.
Menurut Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akibi, beliau memaklumkan kemalangan itu berlaku apabila remaja tersebut gagal mengawal keretanya sebelum ia berpusing dan terbalik.
Namun, mangsa dan rakannya hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pinrang.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.