Kerja pembaikan paip air yang terputus gara-gara tanah runtuh di Damansara Utama akan mengambil masa selama 30 jam sebelum bekalan air dapat disalurkan semula secara berperingkat.
Dalam satu kenyataan, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja pembaikan itu dijangka siap sepenuhnya pada awal pagi esok.
"Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut sejak malam semalam, 29 Dis, 2020.
"Bagaimanapun, kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 30 jam dan akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 31 Dis, 2020."
Pengguna di 63 kawasan terjejas di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 petang, 1 Jan 2021, menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri.
SIARAN MEDIA: KERJA PEMBAIKAN PAIP PUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA GIAT DILAKSANAKAN
Posted by Air Selangor on Tuesday, December 29, 2020
"Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
"Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang akan disediakan bermula jam 8 pagi ini untuk kemudahan para pengguna yang terlibat," katanya.
Pada masa yang sama, Air Selangor turut menasihati para pengguna supaya mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.
Air Selangor telah memaklumkan terdapat kejadian paip putus disebabkan tanah runtuh di Damansara Utama pada petang Selasa lalu sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ia melibatkan 43 kawasan di Wilayah Petaling dan 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.
Kerja pembaikan paip putus akibat tanah runtuh di Damansara Utama sedang giat dilaksanakan. Air Selangor akan mengambil...
Posted by Air Selangor on Tuesday, December 29, 2020
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.