Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pakai Make Up Sambil Bersenam Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Wajah!

Tak nak muka kelihatan kusam, tapi sebenarnya tak disarankan bersolek ketika bersenam.
Editor
24 Nov 2020, 06:54 PM

Ada segelintir orang tak suka muka nampak kusam dan kelihatan tidak bermaya walaupun tengah melakukan aktiviti yang berpeluh seperti bersenam.

Yela, ada yang mungkin ingin muat naik gambar atau video aktiviti harian di media sosial, tak nak wajah kelihatan kusam.

pakai make up sambil bersenam boleh datangkan bahaya kepada kesihatan kulit wajah!

Tapi kena ingat, memakai barang solek ketika bersenam tidak disarankan sama sekali! Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan terutamanya kulit wajah.

1. Pori mudah tersumbat

pakai make up sambil bersenam boleh datangkan bahaya kepada kesihatan kulit wajah!

Pakar dermatologi, Lucy Chen menjelaskan bahawa ketika kita bersenam suhu badan akan makin meningkat. Bagi menurunkan kembali suhu badan, tubuh kita akan mengeluarkan peluh.

Apabila bersenam, peluh dan minyak akan keluar selalui pori di seluruh tubuh badan. Jadi kalau ada solekan pada wajah, pori-pori akan mudah tersumbat. Sebab itulah akan timbul rasa gatal atau kemerahan pada wajah.

Pakar dermatologi, Lucy menyarankan agar segera mencuci wajah muka menggunakan teknik double cleansing selepas melakukan senaman, jika anda tetap mahu bersolek.

2. Jerawat

pakai make up sambil bersenam boleh datangkan bahaya kepada kesihatan kulit wajah!

Kalau liang pori dah tersumbat, ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Bakteria yang membiak akan membuatkan pori tersumbat dan menjangkiti bahagian lain di wajah.

Bukan sahaja jerawat yang akan mula naik, masalah bitnik hitam dan putih pada bahagian hidung dan pipii juga akan menjadi satu masalah.

"Dahi dan pipi mungkin lebih mudah ditumbuhi jerawat kerana ada lebih banyak kelenjar minyak pada kawasan itu," kata Lucy.

Menurut Lucy, menggunakan pelembap atau sunblock ketika bersenam sudah cukup lagi-lagi kalau kita melakukan aktiviti di tempat terbuka.

3. Mata

pakai make up sambil bersenam boleh datangkan bahaya kepada kesihatan kulit wajah!

Mata dan kelopak mata merupakan bahagian yang sensitif. Senaman dengan solekan yang menempel di bahagian mata membuatkan kelenjar pada kelopak mata tersumbat sehingga menyebabkan mata menjadi merah dan kering.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan bonjolan pada mata akibat daripada jangkitan yang berkembang pada folikel bulu mata atau kelenjar air mata.

Bonjolan ini boleh terjadi pada kelopak mata, di bawah kelopak mata atau garisan bulu mata.

Sumber: Mstar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us