Sejumlah besar pakar Amerika Syarikat (AS) akan mengkaji laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai asal-usul COVID-19.
Fokus dalam melakukan kajian ke atas laporan tersebut adalah untuk mendapat kepastian bahawa siasatan itu bebas dan telus.
Menurut setiausaha akhbar White House, Jen Psaki, pihaknya akan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya selepas penilaian itu dibuat.
Memetik laporan Awani, satu kajian bersama WHO-China mengenai asal-usul COVID-19 mendapati virus itu mungkin disebarkan daripada kelawar ke manusia melalui haiwan lain.
Berdasarkan kajian itu, ia merumuskan bahawa kebocoran makmal sebagai penyebab adalah tidak benar.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.