Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Wah! Pakej-Pakej Pelancongan Ke Sarawak Ni Berharga Mulai RM95 Je? Biar Betul?!

Terdapat pelbagai jenis pakej untuk setiap bajet dan aktiviti yang diminati.
15 Feb 2022, 07:11 AM

Artikel ini ditaja oleh Sarawak Tourism Board

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus; Edit: SINAR

Tak ada idea nak pergi mana masa cuti-cuti Malaysia nanti? Jom kembara ke Sarawak! Sama ada anda dah pernah pergi atau tak, ada banyak tempat yang pastinya anda belum terokai lagi.

Sekarang ialah masa terbaik untuk anda pergi, sebab sekarang tengah ada promosi pakej pelancongan ke Sarawak, Sia Sitok Sarawak Plus yang ditawarkan sehingga 28 Februari ni, jadi cepat book!

Pelbagai jenis pakej pelancongan Sarawak untuk setiap individu atau keluarga mengikut bajet dan minat masing-masing 

Suka terokai alam semulajadi? Nak bergambar di lokasi yang unik? Ingin alami suasana perkampungan Sarawak yang aman damai? Semuanya ada!

Jom lihat beberapa pakej pelancongan Sarawak yang menarik ni:

#1 Pakej ‘Kg Sting (Bengoh) Adventure Overnight (2H1M)’ 

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Dulu-dulu kalau nak pergi ke Kampung Bidayuh, anda kena mendaki selama 8 jam! Tapi sekarang hanya 15 minit je melalui perjalanan menaiki bot dengan dikelilingi latar belakang pergunungan yang indah merentasi Tasik Bengoh yang memukau (1 jam dari Kuching).

Banyak air terjun dan anak sungai mengalir ke Tasik Bengoh yang kini berfungsi sebagai tadahan air untuk Kuching. Mendaki ke Air Terjun Kling untuk berendam sejuk sebelum makan tengah hari juadah istimewa Sarawak memang suatu pengalaman yang menarik.

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Selepas itu anda akan dibawa pula ke Air Terjun Susung yang indah sebelum bermalam di Kampung Sting yang tinggi di atas puncak gunung berdekatan tasik. Bolehlah tenangkan diri sambil menikmati pemandangan tasik yang indah.

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM300/dewasa. Minimum empat orang diperlukan untuk pakej ini.

#2 Pakej ‘Bidayuh Longhouse Homestay (2H1M)’ 

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Untuk pakej ini, anda akan dibawa melawat ke Rumah Panjang Bidayuh, mengembara ke dalam hutan dan air terjun, serta berpeluang menikmati masakan hutan.

Pada waktu malam pula anda akan dijamu dengan hidangan makan malam tradisional sambil menyaksikan persembahan tarian kebudayaan.

Pada hari kedua, anda berpeluang melihat sendiri ladang-ladang yang ada di sini sejurus selepas sarapan pagi dan sebelum bertolak pulang ke bandar pada waktu tengah hari.

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM320/dewasa dan RM180 untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun. Minimum dua orang diperlukan untuk pakej ini.

#3 Pakej ‘Penjelajahan Perkampungan Pantai Tengah: Bruit/Daro/Matu (2H1M)’ 

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Bruit, Daro dan Matu terletak di Barat Laut Sibu berhampiran Delta Rajang. Suku kaum Melanau merupakan majoriti penduduk di sini dan disebabkan oleh lokasinya yang agak terceruk, perjalanan ke sana memerlukan anda menaiki dua buah feri berbeza dari Sibu.

Selama dua hari satu malam, anda akan dibawa menerokai kawasan setempat dan gaya hidup orang Melanau serta perkampungan unik mereka.

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM320/dewasa dan RM260 untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun. Minimum enam orang dan maksimum 10 orang diperlukan untuk pakej ini, dan hanya satu kumpulan sahaja dibenarkan pergi ke destinasi yang ditetapkan setiap hari kerana penginapan yang disediakan terhad.

Pakej ini turut disertai dengan khidmat jemput dan hantar dari/ke Lapangan Terbang Bintulu atau dari/ke pusat bandar.

#4 Pakej ‘Mulu/Pinnacles Tour (Marriott) (5H4M)’

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Sepanjang lima hari menginap di Mariott Resort & Spa Mulu, anda akan dibawa melawat Gua Rusa dan berpeluang menyaksikan kelawar terbang yang merupakan tarikan pelancong.

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Setelah itu anda juga akan melawat Gua Clearwater, diikuti dengan trek hutan dari Long Litut ke Kem 5. Nak tengok pemandangan yang ada pada wang kertas RM100? Anda kenalah mendaki Gunung Api dan meredah hutan belantara yang agak mencabar untuk sampai ke Pinnacles. Dah selesai misi ini, bolehlah pulang ke Mulu Marriott Resort untuk berehat-rehat.

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Pakej tiga hari dua malam ni berharga RM2,300/dewasa. Minimum dua orang diperlukan untuk pakej ini.

#5 Pakej ‘Mukah: The Melanau Heartland (3H2M)’ 

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Kaum Melanau amat kaya dengan warisannya, dan mereka adalah antara golongan terawal yang menetap di Sarawak. Pengembaraan anda akan bermula di Sibu dengan menaiki bot laju ke Dalat, sebuah pos di mana anda bakal dibawa melalui rumah panjang dan perkampungan Melayu.

Anda juga akan menyusuri Sungai Igan melalui beberapa kampung dan pekan kecil sehingga tiba di Mukah dan bermalam di Melanau Heritage Lodge – The Lamin Dana.

Antara aktiviti menarik yang menanti anda termasuk menaiki teksi sungai di sepanjang sungai yang indah, menyertai kelas menyediakan makanan tradisional seperti sagu, salad ikan, dan lain-lain. Sagu sememangnya tidak asing lagi, dan menyaksikan pemprosesan sagu ialah suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Ketahui bagaimana bahan mentah dalam bentuk batang sagu diubah menjadi tepung dan seterusnya dibakar di atas api kayu sehinggalah ia siap menjadi pelet sagu dan tebaloi (biskut sagu). Memang sedap!

Juh Sia Sitok Sarawak (Jom Sana-Sini Sarawak) dengan pelbagai pilihan pakej pelancongan Sarawak oleh Sia Sitok Sarawak Plus (SSS Plus)! 

wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Bukan 5 pakej ni je yang ada, ada macam-macam lagi pakej pelancongan Sarawak yang ditawarkan Sia Sitok Sarawak Plus yang boleh didapati dan ditempah melalui platform MHholidays dan Journify. Tempoh jualan bermula sekarang hingga 28 Februari 2022 ini untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 April 2022.

Di platform MHholidays, anda boleh menempah penerbangan ke Sarawak dan juga penginapan pada portal yang sama. Tambahan lagi, anda boleh menambah pengalaman perjalanan dengan menempah pakej pelancongan di Sarawak yang ditawarkan di Journify daripada mana-mana 57 buah pakej eksklusif dengan harga serendah RM95.

Dalam kata lain, SSS Plus menawarkan pakej pelancongan ke Sarawak yang dilengkapi dengan:

  • Penerbangan + Penginapan (melalui MHHolidays), atau
  • Penerbangan + Penginapan (melalui MHholidays) + Pakej Pelancongan (melalui Journify)

Oh ya, sebelum anda pergi, pastikan anda sedia maklum tentang SOP yang terkini untuk memasuki Sarawak (SOP dah pun berkuatkuasa pada 14 Januari 2022).

Untuk rakyat Malaysia, anda dibenarkan masuk ke Sarawak jika anda memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat utama berikut:

  • Melengkapkan borang E-Health Declaration Form (E-HDF) yang boleh diisi di laman web Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) dalam tempoh 12 jam sebelum tiba di Sarawak.
  • Tiada sejarah melancong ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Sarawak.
  • Ada bukti bahawa anda telah lengkap divaksin (ini akan disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa semasa di lapangan terbang).

  wah! pakej-pakej pelancongan ke sarawak ni berharga mulai rm95 je? biar betul?!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Untuk info lanjut dan nak buat tempahan, layari platform MHholidays dan Journify.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.