Kebelakangan ni nampak ramai orang melakukan aktiviti berbasikal dan kini dilihat sebagai satu fenomena. Sudah pasti sebelum ini kita sering sekali nampak ada sekelompok yang amat rajin, namun sekarang aktiviti berbasikal mendapat sambutan yang luar biasa yang boleh dikatakan menjadi satu ‘trend’.
Bagaimanapun, aktiviti berbasikal bukan sahaja sekadar mengayuh basikal Ada banyak perincian yang perlu kita ambil tahu dari segi peralatan. Jadi, sebelum anda nak beli basikal idaman yang baharu, jangan lupa akan lima panduan ini.
1. Jangan beli basikal selagi anda belum ‘test ride’
Anda tidak akan tahu basikal itu betul-betul sesuai dengan diri anda selagi tidak membuat ujian putaran. Cuba lakukan lebih daripada sekadar pedal sederhana di sekitar tempat letak kereta; ada beberapa peniaga basikal tempatan mempunyai basikal demo yang boleh anda sewa atau pinjam, dan kebanyakan pengeluar basikal menawarkan hari demo percuma di kedai dan taman sepanjang tahun.
Jadi jangan rush, fikir baik-baik dan berunding terlebih dahulu dengan jurujual untuk mengetahui pilihan anda.
2. Jangan beli basikal disebabkan ada tawaran menarik
Tawaran menarik bukan alasan atau tujuan untuk membeli basikal dengan serta merta. Sekiranya anda tidak suka cara pengendalian atau penampilan basikal tersebut, lebih baik jangan beli. Jangan terlalu ikutkan jenama, kerana jenama yang canggih tidak semestinya menjaminkan keselesaan buat diri anda. Kesesuaian dari segi ketinggian juga menjadi faktor utama yang anda perlu lihat.
3. Pastikan jurujual bertanya sebanyak mana anda bertanya tentang basikal
Di internet, terdapat pelbagai maklumat yang anda boleh dapatkan mengenai sesuatu basikal. Jadi, anda mungkin merasakan tidak ada keperluan untuk anda bertanyakan pendapat terhadap jurujual di kedai basikal tersebut.
Ini kerana, mungkin terdapat beberapa maklumat di internet yang anda terlepas pandang. Jadi, adalah lebih baik jika jurujual bertanyakan kepada anda mengenai pilihan atau citarasa yang ingin anda penuhi sebanyak mana yang anda ingin tahu tentang satu basikal tersebut.
4. Jangan beli basikal yang tidak sesuai dengan matlamat menunggang anda
Anda sebagai bakal pemilik basikal itu, jadi anda lebih tahu apa yang anda inginkan. Terdapat pelbagai jenis basikal yang ada kerana tidak bermakna kesemua basikal itu mempunyai dua roda, ia mempunyai fungsi atau keupayaan yang sama.
Anda ingin menunggang secara santai ataupun berlumba? Setiap basikal itu ada kriterianya yang tersendiri. Jadi, nilai semula sama ada anda inginkan basikal berjenis mountain bike, road bike, basikal lipat, touring bike ataupun fitness bike.
5. Jangan hanya beli basikal semata-mata, alat keselamatan juga penting!
Ramai penunggang basikal hanya berfikiran bahawa bajet atau perbelanjaan untuk menjalani aktiviti berbasikal adalah dengan hanya mempunyai sebuah basikal sahaja. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi peralatan yang anda perlukan seperti aksesori keselamatan.
Aspek keselamatan janganlah diketepikan, jadi selitkan juga perbelanjaan tambahan seperti helmet, lampu keselamatan, gear atau pakaian lengkap khas kerana ia mempunyai lapisan yang membuatkan anda tidak melecet atau lebih selesa untuk berbasikal.
Okay lepas ni kalau nak beli basikal idaman, boleh survey betul-betul sebelum beli basikal yang sesuai. Make sure beli basikal yang sesuai dengan diri anda dan akan memuaskan hati!
Sumber: Awani