Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Panel Pakar Rapatkan Jurang Dengan Masyarakat, Program Gaya Hidup Diabetes Pupuk Amalan Pengurusan Diabetes

Gaya Hidup Diabetes kena terapkan!
Izwan
21 Mar 2023, 04:04 PM

Baru-baru ini, program Gaya Hidup Diabetes (Diabetes Lifestyle Program, ataupun DLP) telah dilancarkan dalam usaha untuk menerapkan intervensi gaya hidup dalam amalan pengurusan diabetes yang utama. 

panel pakar rapatkan jurang dengan masyarakat, program gaya hidup diabetes pupuk amalan pengurusan diabetes

Malah, ia juga bertujuan untuk menambahbaik hasil rawatan diabetes, mengurangkan beban terhadap pesakit, keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi negara.

Yang Berhormat Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia, yang diwakili oleh Yang Berusaha Dr Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan DLP dengan jayanya.

Pelancaran itu dirasmikan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelbagai panel pakar yang merupakan peneraju utama DLP ini, iaitu:

  • Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS)
  • Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
  • Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
  • Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM)
  • Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), dan
  • Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES)

Menurut Datuk Dr Zanariah Hussein, Pengerusi Panel Pakar DLP, MoU itu bagi menzahirkan semangat dan komitmen setiap panel pakar terlibat untuk bersatu dalam menyokong gaya hidup diabetes dalam kalangan ahli persatuan/akademi, ahli profesional perubatan dan kesihatan bersekutu, pesakit, media, dan pembuat dasar.

panel pakar rapatkan jurang dengan masyarakat, program gaya hidup diabetes pupuk amalan pengurusan diabetes

Malah, langkah ini juga penting bagi merapatkan jurang bersama para pesakit dalam pengurusan diabetes dan ahli penjagaan kesihatan.

“Diabetes adalah keadaan di mana gula darah seseorang itu sentiasa tinggi. Gula yang tinggi berpanjangan adalah serius kerana ia mengundang pelbagai komplikasi, termasuk serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang, kebutaan, kerosakan saraf yang boleh melumpuhkan, dan amputasi kaki.

“Sejak sekian lama, ahli penjagaan perubatan dan pesakit banyak bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengawal paras gula darah tinggi. Tidak dinafikan - ubat adalah penting sekiranya disahkan perlu. Namun demikian, sekiranya pesakit tidak membuat sebarang perubahan gaya hidup dan terus menjalani gaya hidup yang tidak sihat, mereka mungkin akan memerlukan dos yang lebih tinggi atau lebih banyak ubat-ubatan. 

“Manfaatnya sangat jelas sehinggakan garis panduan amalan klinikal berkaitan diabetes mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai asas pengurusan diabetes, tidak kira untuk mereka yang belum atau telah mengambil ubat atau menerima rawatan insulin. 

“Bagaimanapun, ramai ahli penjagaan kesihatan dan juga pesakit beranggapan intervensi gaya hidup dalam mengawal diabetes adalah tidak penting. Oleh itu, kami membentuk Program Gaya Hidup Diabetes ini untuk ahli profesional penjagaan kesihatan dan pesakit untuk mereka memahami kepentingan intervensi gaya hidup. 

“Kami sediakan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan pemakanan, menjalankan aktiviti fizikal secara aktif, memantau gula darah kendiri, dan memberi motivasi berterusan. Ini penting untuk memastikan ahli professional kesihatan dapat membantu pesakit meneruskan perubahan gaya hidup lantas mendapat hasil rawatan yang memberangsangkan,” katanya.

Tambahnya, melatih dan memperkasakan ahli penjagaan kesihatan untuk menjadi advocate atau pendukung gaya hidup diabetes adalah salah satu objektif utama program ini. 

“Setakat ini, kami telah melatih lebih 3,000 ahli penjagaan kesihatan daripada pelbagai bidang penjagaan diabetes, seperti doktor perubatan, pendidik jururawat diabetes, ahli dietitian dan ahli farmasi. Kira-kira 1,000 daripada mereka telah menjadi Pendukung DLP, di mana 74 peratus adalah mereka yang bertugas di institusi kesihatan kerajaan.    

“Iltizam kami untuk meneruskan inisiatif ini sehingga semua pihak yang terlibat dalam penjagaan diabetes cukup mahir dan yakin untuk mengesyorkan dan mengoptimumkan intervensi gaya hidup untuk pesakit mereka,” jelasnya.

Pelbagai isu utama yang telah dirangkumkan dalam video-video motivasi serta kandungan lain bagi membantu mereka yang menghidap diabetes. 

Program Gaya Hidup Diabetes juga hanya tersedia melalui ahli penjagaan kesihatan yang mengambil bahagian. Doktor perubatan, pendidik jururawat diabetes, ahli dietitian, ahli farmasi dan ahli kesihatan yang berminat boleh menghubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda menghidap Diabetes Jenis 2, berbincanglah dengan ahli kesihatan anda tentang perubahan gaya hidup dan jadikannya sebagai agenda utama pengurusan diabetes anda!
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us