
Sebagai ibubapa, tanggungjawab kita begitu besar dalam membentuk peribadi anak-anak. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang mungkin boleh diberi perhatian tentang kesilapan yang mungkin telah dibuat di dalam mendisiplinkan anak-anak. Ini merupakan sambungan daripada tips di bahagian pertama.
#6 Bebelan
Kerenah anak-anak terutamanya mereka yang baru mendapat akal kadangkala boleh menguji kesabaran ibu bapa.
Anda mungkin akan membebel dan memarahi anak-anak kerana tidak mengikut arahan yang diberi.
Walaubagaimanapun, kekerapan anda melakukannya mungkin akan menjejaskan hubungan anda dengan anak anda.
Ambil masa untuk mengukur dan muhasabah semula tindakan anda tersebut
#7 Menyalah gunakan masa untuk anak bertenang (timeout)
Sesetengah ibubapa mungkin memilih cara mendisiplinkan anak dengan menggunakan ‘timeout’. Cara ini adalah dengan menyuruh anak anda mengasingkan dirinya sebentar daripada situasi yang menyebabkannya meragam supaya dia boleh bertenang semula.
Cara ini akan berkesan sekiranya dia tidak ditinggalkan seorang. Temankan anak anda dan jelaskan mengapa hukuman tersebut diberi.
Pastikan terdapat jangka masa yang tetap bagi setiap sesi, seperti 2-3 minit.
#8 ‘Rasuah’
Seringkali ketika kita mahu anak-anak untuk melakukan sesuatu yang kita mahukan atau berhenti meragam, kita akan menjanjikan sesuatu ganjaran untuknya.
Berhati-hati ketika menggunakan cara ini kerana anak-anak akan mula untuk mengharapkan balasan atau ganjaran setiap kali dia melakukan sesuatu pelakuan.
#9 Memberi ganjaran apabila mereka meragam
Kita mungkin rasa memberi hukuman setiap kali mereka berkelakuan nakal merupakan suatu langkah untuk memperbatulkan tingkahlaku tersebut. Kadangkala mereka lakukan sesuatu yang nakal hanya untuk mendapat perhatian.
Fokus kepada memberinya perhatian ketika mereka berlaku baik daripada perbuatan yang nakal.
#10 Mengkritik anak anda
Hukum pelakuannya yang tidak baik, bukan diri anak-anak kita.
Mungkin kita boleh cuba elakkan meluahkan kata-kata sepert “Awak nakal lah” dan cuba cakap “Ayah/ibu tak suka adik buat macam tu. Adik kan baik.”
Marilah kita sama-sama untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri yang mana perlu. Menjaga walaupun seorang anak merupakan sebuah tugas yang sangat susah. Kita perlukan seberapa banyak pertolongan yang kita boleh dapatkan.
Sumber: Asia One
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.