Mana-mana hubungan mesti pernah lalui perkara ini, menerima silent treatment daripada pasangan. Ini terjadi apabila salah seorang dalam hubungan tidak menghiraukan pasangannya. Sama ada mereka sedar atau tidak melalukan tindakan ini.
Jadi macam mana nak hadapi situasi seperti ini?
1. Ambil masa
Dalam situasi seperti ini, anda kena ambil masa untuk fikir balik apa yang menyebabkan silent treatment. Terutamanya, jika pasangan tersebut bergaduh sebelum ini. Jika anda terkena silent treatment, anda perlu ambil masa dan bertenang.
2. Berikan ruang kepada pasangan
Silent treatment adalah komunikasi pasif-agresif. Jadi eakkan daripada membuat andaian tentang pemikiran pasangan anda. Jika anda berfikir untuk mereka, kemungkinan pasangan anda tidak akan belajar untuk kongsi perasaan dan pemikiran mereka.
3. Jangan minta maaf jika hati tak ikhlas
Jangan sama sekali minta maaf tentang perkara yang anda tidak lakukan. Tetapi anda perlu letakkan diri di tempat pasangan dengan memahami kenapa mereka marahkan anda. Redkan keadaan dulu sebelum anda rapatkan jurang yang berlaku.
4. Berhadapan dengan situasi
Dalam situasi seperti ini, anda perlu berhati-hati untuk elak keadaan menjadi lebih teruk. Pasangan perlu tahu bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyuarakan pandangan mereka dengan efektif. Berikan ruang dan peluang kepada mereka untuk bercakap.
5. Beri pasangan sedar
Jelaskan kepada pasangan anda bawa perbuatan mereka memberikan kesan kepada anda. Tanya secara baik dan lembut tentang penyebab silent treatment. Jika pasangan tidak memberikan kerjasama, sekurang-kurangnya mereka sedar akan perbuatan mereka itu.
6. Selesaikan masalah jika pasangan memberi kerjasama
Kalau mereka ingin menyelesaikan masalah itu, ucapkan terima kasih. Ini antara penyelesaian yang cepat terhadap silent treatment.
Tetapi sekiranya, mereka tetap teruskan perbuatan itu. Anda tidak ada pilihan selain memberi ruang kepada mereka. Anda perlu berhati-hati dan bertolak ansur dengan pasangan jika situasi ini berlaku. Memahami pasangan anda supaya semuanya kembali seperti normal.
Sumber: WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.