Pasangan kembar seiras mendirikan rumah tangga dengan pasangan adik-beradik kembar berkongsi kegembiraan apabila mereka didapati hamil secara berserentak.
Brittany dan Briana Deane, 33 berkahwin pada 2018 dengan suami mereka yang juga merupakan adik-beradik kembar iaitu Josh dan Jeremy Salyers, 35. Mereka bertemu jodoh di sebuah konvokesyen kembar di Ohio, Amerika Syarikat.
Bukan sahaja mereka berkongsi tarikh pertungan bahkan mereka menganjurkan majlis perkahwinan pada hari yang sama. Kini mereka bakal berkongsi pengalaman kehamilan secara serentak.
Mereka mengumumkan berita gembira itu menerusi sebuah entri di Instagram dengan kapsyen, “Teka apa? Kedua pasangan hamil!”
"Anak-anak kita bukan sahaja sepupu, tetapi mempunyai genetik kembar daripada ibu dan bapa mereka. Tidak sabar untuk bertemu mereka," katanya.
Tahun lalu Brittany dan Brianna mengakui semasa ditemu bual di Australia's Today memberitahu merancang untuk hamil pada masa yang sama.
"Saya mahu kami merasai pengalaman itu bersama.
"Kami telah mengalami pengalaman menyambut ulang tahun, mendapatkan lesen memandu, tamat pengajian dan perkahwinan bersama-sama.
"Jadi kami mahu abadikan pengalaman hamil bersama dan melahirkan bayi comel," kata Brittany.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.