Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Patung Annabelle Didakwa Hilang Dari Muzium, Mencetus Ketakutan Orang Ramai

Eh betul ke Annabelle 'melarikan diri'?
Editor
17 Aug 2020, 02:39 PM

Pada Jumaat lalu, kecoh di laman sosial media apabila patung Annabelle yang penuh misteri itu dilaporkan hilang dari kotak kaca yang disimpan di Occult Museum di Connecticut, Amerika Syarikat.

Kehilangan patung Annabelle itu menjadi misteri sehingga menjadi tanda tanya orang ramai, ada yang turut berasa takut.

patung annabelle didakwa hilang dari muzium, mencetus ketakutan orang ramai

patung annabelle didakwa hilang dari muzium, mencetus ketakutan orang ramai

Namun, adik ipar kepada pasangan penyelidik paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren, Tony Spera tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Spera menerusi YouTube keluarganya, patung Annabelle sebenarnya masih berada di muzium dan selamat disimpan.

patung annabelle didakwa hilang dari muzium, mencetus ketakutan orang ramai

"Saya mahu jelaskan bahawa Annabelle tidak hilang, dia masih di sini dan tidak pernah meninggalkan tempatnya.

"Dia masih di sini, bukannya keluar bercuti atau melawat buah hatinya.

"Jadi, hentikan khabar angin tidak tepat dan saya menghargai keprihatinan semua pihak.

"Saya akan jadi risau jika perkara itu betul-betul terjadi sebab ia tak boleh dibuat main," katanya.

Khabar angin ini bermula apabila sebuah kenyataan tular di media sosial, ada pihak yang telah mengemaskini keterangan di Wikipedia mendakwa Annabelle telah 'melarikan diri' pada pukul 3 pagi, 14 Ogos lalu.

patung annabelle didakwa hilang dari muzium, mencetus ketakutan orang ramai

Patung Annabelle menjadi legenda kisah seram selepas ia dihadiahkan kepada seorang jururawat pada tahun 1970. Ia didakwa memiliki roh seorang kanak-kanak yang dinamakan Annabelle.

Sepertimana filem-filem The Conjuring, patung ini akan mencetuskan situasi mistik dan seram hingga memaksa mangsa mendapatkan bantuan penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren. Pasangan tersebut sendiri mengakui patung itu dirasuki roh jahat dan direhatkan dalam sebuah kotak kaca di kediaman mereka yang kini dijadikan sebuah muzium.

Patung sebenar Annabelle berbeza daripada patung porselin yang dicipta untuk menakutkan penonton dalam filem-filem The Conjuring.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.