
Foto Hiasan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta diberi fleksibiliti untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara dalam talian atau bersemuka.
Langkah ini diambil susulan penutupan jalan serta pelaksanaan kawalan keselamatan di sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Mei.

"Setiap IPT disarankan untuk menyemak lokasi, waktu dan tarikh penutupan jalan sepanjang tempoh tersebut bagi menilai keperluan melaksanakan PdP secara dalam talian bagi mengelakkan gangguan kepada warga kampus akibat kesesakan lalu lintas," menurut kenyataan KPT hari ini.
KPT turut menggesa pelajar dan kakitangan IPT yang terjejas agar menghubungi pihak pengurusan institusi masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Kementerian yakin pelaksanaan PdP secara dalam talian dapat membantu warga IPT merancang pergerakan harian mereka dengan lebih baik, selain memastikan proses pembelajaran berjalan lancar sepanjang tempoh sidang kemuncak berlangsung," tambah kenyataan itu.
Sumber: KPT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.