Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Peguam Dakwa Isu 'Plot Twist' Kes Zara Qairina, Beri Gambaran Kebocoran Fail Siasatan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
05 Aug 2025, 03:38 PM

peguam dakwa isu 'plot twist' kes zara qairina, beri gambaran kebocoran fail siasatanFoto: Astro AWANI

Penularan dakwaan kononnya kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpunca daripada tekanan perasaan akibat hubungan dengan ibunya, menimbulkan kerisauan dalam kalangan pihak guaman yang mewakili keluarga mangsa.

Menurut kenyataan rasmi oleh dua peguam yang mewakili ibu Allahyarham, iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, naratif 'plot twist' yang mula berlegar di beberapa platform media sosial sejak minggu lalu menimbulkan persoalan besar terhadap integriti siasatan kes tersebut.

Naratif yang mendakwa kematian mangsa berpunca daripada tekanan emosi akibat faktor keluarga dikhuatiri memberi gambaran seolah-olah terdapat kebocoran maklumat sulit daripada fail siasatan.

Peguam berkenaan menjelaskan bahawa penularan dokumen yang dikatakan sebagai ‘diari’ milik Allahyarham Zara Qairina turut menjadi sumber utama kepada dakwaan yang mengaitkan ibu mangsa sebagai punca kejadian.

Malah, ada pihak yang melabelkan dokumen itu sebagai ‘bukti berjisim’, sekali gus menimbulkan persepsi bahawa maklumat penting dalam siasatan telah disebarkan secara terbuka sebelum hasil siasatan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa.

“Kami memandang serius perkara ini. Penularan bahan yang dikatakan sebagai diari peribadi mangsa tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi jika ia masih dalam siasatan polis. Keadaan ini seolah-olah memberi bayangan bahawa terdapat maklumat sulit telah dibocorkan kepada umum,” kata kenyataan itu.

Terdapat juga beberapa inisiatif masyarakat awam yang dilakukan atas dasar sokongan dan simpati terhadap kes ini seperti kutipan tandatangan oleh kaki pancing, penghasilan lagu serta sajak, dan pelbagai bentuk perkongsian di media sosial.

Peguam memaklumkan mereka menghargai sokongan berkenaan tetapi dalam masa yang sama menyeru agar semua pihak lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh mencetuskan fitnah atau mengelirukan masyarakat.

“Kami mengalu-alukan sokongan dan solidariti masyarakat terhadap keluarga mangsa. Namun, dalam masa yang sama, kami menyeru semua pihak agar mengelakkan spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak,” ujar kenyataan tersebut lagi.

Untuk rekod, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri kini mewakili Noraidah Lamat, 45 tahun, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina dalam kes kematian tragik yang berlaku pada 16 Julai lalu. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah. Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

Ads With Us Ads With Us Ads With Us