Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“22 Sesi Kemoterapi dan 15 Sesi Radioterapi…” - Pejuang Kanser Limfoma Tahap 4 Jadi Simbol Ketabahan dan Inspirasi di Sidang Konvokesyen

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 Jul 2025, 11:13 AM

“22 sesi kemoterapi dan 15 sesi radioterapi…” - pejuang kanser limfoma tahap 4 jadi simbol ketabahan dan inspirasi di sidang konvokesyenFoto: Tangkapan skrin layar TikTok

Sidang konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) baru-baru ini menyaksikan satu detik istimewa apabila turut meraikan seorang graduan yang menjadi simbol kekuatan dan ketabahan luar biasa.

Graduan tersebut, Nur Syahidatunnajwa binti Mohamad Naim, merupakan pelajar dalam bidang Pendidikan Islam yang sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma tahap empat.

Beliau telah menjalani sebanyak 22 sesi kemoterapi dan 15 sesi radioterapi, dan difahamkan masih meneruskan rawatan bagi memerangi penyakit yang dihidapinya.

Meskipun diuji dengan cabaran kesihatan yang sangat berat, beliau tetap hadir ke sidang konvokesyen sebagai tanda bahawa semangat juang dan komitmen yang tidak berbelah bahagi mampu membawa seseorang kepada kejayaan.

Dalam sesi tersebut, beliau disebut sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat semua yang hadir. Kata-kata penghargaan turut diberikan kepada beliau melalui pengumuman rasmi sidang yang bergema di dalam dewan konvokesyen.

 

@shafiqalsukri

Motivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru 🤲🏻 semoga cepat sembuh 🤲🏻

♬ suara asli - hooman ◡̈ - 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙣 ◡̈

 

“Namun, kerana semangat juang dan komitmen yang jitu, hari ini beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat semua bahawa penyakit itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.”

Pengumuman itu turut mengajak semua hadirin untuk mendoakan kesembuhan beliau dengan penuh rasa hormat dan penghargaan:

“Berikan tepuk gemuruh dan sama-sama kita doakan semoga beliau sembuh daripada penyakit yang dihadapi.”

Sidang tersebut disempurnakan dengan penuh rasa bangga dan syukur atas kejayaan semua graduan, khususnya figura seperti Nur Syahidatunnajwa yang membuktikan bahawa kekuatan mental dan iltizam mampu menundukkan segala cabaran, termasuk penyakit yang mengancam nyawa.

Ucapan tahniah dan syabas turut dizahirkan buat beliau atas pencapaian luar biasa yang bukan sahaja membanggakan institusi, malah menyentuh hati seluruh warga pendidik dan masyarakat.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us