Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pekerja salah sebuah restoran makanan Thai di Kuala Lumpur kecewa dengan tindakan majikannya yang didakwa menghilangkan diri.

Malah, mereka terpaksa mendedahkan perkara tersebut kerana pihaknya buntu mencari jalan penyelesaian demi mendapatkan gaji yang tertunggak.
Menurut perkongsian video di laman TikTok, para pekerja kini berganding bahu untuk mendapatkan gaji mereka semula dengan mengusahakan sendiri kedai itu.
“Sempena bos dah lari, pihak pusat beli-belah menawarkan bantuan dengan tidak mengenakan sewa satu hingga dua bulan.
“Jadi, kami turunkan harga menu supaya orang datang makan. Jom bantu kami dengan makan di sini.
Majikan yang dipercayai menghilangkan diri itu terus meninggalkan para pekerja tanpa membayar gaji kepada mereka.
“Banyak (makanan) yang sudah tiada, semua menu turun harga sebab nak cari duit gaji. Boleh ke hendak tampung RM96,000 dalam masa singkat?
“Kedai pun ‘slow’ sekarang. Beli barang masak kat pasar, guna duit jualan tunai nak pusing buat untung dapatkan gaji,” tulisnya.
Tambahnya, pekerja restoran bersyukur kerana pihak pengurusan memahami situasi yang mereka hadapi dan memberikan kebenaran untuk berniaga tanpa membayar sewa selama sebulan di pusat beli-belah tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.