Syarikat minyak dan gas milik Korea Selatan menawarkan bonus sebanyak 120 bulan gaji kepada pekerjanya dan menjadi bualan hangat warganet.
Hyundai Oilbank yang berpangkalan di Korea Selatan itu mendedahkan syarikatnya akan menyerahkan 1,000 peratus daripada gaji pokok sebagai bonus kepada kakitangannya.

Bagaikan ‘durian runtuh’ bagi pekerja Hyundai Oilbank yang menerima bayaran bonus ini, malah mereka juga pernah menerima purata 121 juta won (USD$94,800) setiap seorang termasuk bonus pada kadar 600 peratus pada 2021.
Tambahnya, syarikat itu berhak memberikan bonus kepada pekerjanya yang sejajar dengan prestasi cemerlang.
Pada suku ketiga sahaja, keuntungan operasi Hyundai Oilbank melonjak sebanyak 226 peratus kepada 2.8 trilion won manakala pada suku keempat keuntungan terkumpul tahun 2022 meningkat lebih banyak.
Menurut seorang pegawai industri, faktor utama keuntungan sesuatu syarikat itu bergantung dengan dinamik global.
“Disebabkan kesan pencerobohan Rusia yang berpanjangan ke atas Ukraine dan permintaan meningkat untuk semasa musim sejuk, harga minyak global naik sekali gus melonjakkan harga runcit kami,” katanya.
Menariknya, Arab Saudi dan Rusia selaku negara pengeluar minyak dan mengetuai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum juga mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari membawa kepada kenaikan harga minyak global.
Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keuntungan kepada syarikat minyak dan gas tersebut.
Sumber: Sinar Plus
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.