Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Terpegun Dengan Kuala Lumpur, Pelancong India Akui Rasa Malu Bandingkan Dengan Negaranya

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 11:04 AM

terpegun dengan kuala lumpur, pelancong india akui rasa malu bandingkan dengan negaranyaFoto sekadar hiasan

Seorang pelancong dari India mencetuskan perbualan hangat di media sosial apabila berkongsi pengalaman yang disifatkan sebagai membuka mata selepas berkunjung ke ibu negara Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Reddit, individu tersebut secara jujur mengakui berasa malu apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan negaranya sendiri, terutamanya selepas menyaksikan sendiri kemajuan dan suasana yang tersusun di Kuala Lumpur.

"Baru pulang dari Kuala Lumpur dan saya rasa malu," tulisnya ringkas, namun penuh makna.

Menurut pelancong itu, Malaysia bukanlah destinasi asal percutiannya, kerana pada awalnya dia merancang untuk ke Vietnam. Namun, perubahan rancangan di saat akhir membawa langkahnya ke Kuala Lumpur, satu keputusan yang pada awalnya diiringi dengan jangkaan yang sangat rendah.

Namun begitu, segala tanggapan awal itu berubah sepenuhnya sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di ibu negara.

“Kuala Lumpur kelihatan sangat terancang dan kemas. Tiada lubang di jalan raya, tiada gambar ahli politik mahupun sepanduk bersaiz besar di merata tempat. Kebersihan sangat baik, rakyatnya pula berdisiplin, membantu dan tahap kesedaran sivik cukup tinggi. Kualiti hidup di sini amat baik dan udaranya bersih,” ujarnya kagum.

“Saya Mulai Kasihan Kepada Pelancong Asing Yang Datang ke India”

Perasaan kagum itu turut disusuli dengan kekecewaan apabila membandingkan keadaan di India dengan apa yang disaksikannya di Malaysia. Dia mengakui selama ini menolak keras idea rakyat India berhijrah ke luar negara, namun pengalaman di Kuala Lumpur telah mengubah persepsinya.

“Saya mula rasa simpati kepada pelancong asing yang datang bercuti ke India, dan juga warga India yang menetap di luar negara tetapi terpaksa pulang atas pelbagai sebab,” luahnya.

Tambahnya, India merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber dan potensi besar, namun rakyatnya masih terpaksa berjuang untuk mendapatkan perkara asas dalam kehidupan harian. Dia turut menyuarakan rasa kecewa terhadap tahap kepercayaan rakyat India terhadap kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang kian merosot.

“Kami terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri atas isu remeh-temeh. Kami terlalu taksub dengan kemenangan dalam sukan seperti IPL atau T20, memuja selebriti dan ahli politik tanpa pernah meminta mereka bertanggungjawab atas tanggungjawab mereka.

“Sejujurnya, saya mula hilang harapan. Melihat keadaan sekarang, matlamat untuk menjadi negara yang lebih baik terasa sangat jauh untuk dicapai,” katanya dengan nada kecewa.

Reaksi Ramai, Perkongsian Jadi Cermin Buat Netizen

Luahan itu mendapat perhatian ramai pengguna lain di Reddit, khususnya dalam kalangan warganet India yang turut berkongsi pandangan dan pengalaman yang hampir serupa. Ada yang menyifatkan pengalaman melancong mampu membuka mata seseorang terhadap realiti dunia luar dan mencetuskan kesedaran mendalam.

“Saya bangga anda kini menjadi suara rasional dan jujur dalam masyarakat anda. Inilah sebab mengapa melancong itu penting.”

“Saya juga dahulu tidak pernah berfikir untuk keluar dari India. Tetapi selepas ke Jerman atas urusan kerja, hidup saya berubah sepenuhnya. Tahap keselamatan, kualiti udara, makanan semuanya jauh lebih baik,” tulis seorang pengguna lain.

Secara tidak langsung, perkongsian jujur pelancong tersebut bukan sahaja mengangkat imej Malaysia sebagai destinasi yang selesa dan moden, malah turut menjadi cerminan kepada cabaran yang dihadapi negara lain dalam mencapai kemajuan seimbang antara pembangunan fizikal dan nilai sivik masyarakat.

Sumber: Vocket

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us