Baru-baru ini, sebuah video tular di Indonesia yang memaparkan sekumpulan pelajar baharu sebuah politeknik di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur didakwa dipaksa minum minyak ketika minggu orientasi.
Malah, video itu jelas menunjukkan beberapa mahasiswa dilihat meniarap dan duduk di tepi pantai.
Seorang pelajar senior kemudian didengari menjerit ke arah mereka sebelum dia didakwa menyuruh mereka minum minyak.
“Waktu anda semua sangat berbeza dengan kami dahulu. Kami dahulu disuruh minum minyak,” kata pelajar senior tersebut.
Pelbagai reaksi warganet terhadap video tular tersebut dan ramai yang marah akan tindakan individu tak bertanggungjawab.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.