Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pelajar Meninggal Dunia Selepas Merentas Desa, Rebah Di Garisan Penamat

Aimi Amira Nordin
28 Feb 2025, 11:16 AM

pelajar meninggal dunia selepas merentas desa, rebah di garisan penamat

Foto: Astro Awani

Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di daerah Sungai Petani dilaporkan meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa iaitu Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian sejauh enam kilometer.

Difahamkan, mangsa yang sebelum ini aktif bersukan dikatakan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, menyebabkan suasana di sana bertukar panik dan kelam-kabut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) segera membawa pelajar itu ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, pelajar itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan diberikan.

“Guru berkenaan kemudian menghubungi ambulans sebelum pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, jelasnya, pelajar terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati anak mereka sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, selain aktif bersukan.

“Semakan juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis untuk membenarkan anaknya menyertai acara sukan terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat.

Sumber: Astro Awani

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us