Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Pelajar Serang Guru Wanita di Thailand Gara-Gara Gagal Peroleh Markah Penuh

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Aug 2025, 10:41 AM

pelajar serang guru wanita di thailand gara-gara gagal peroleh markah penuh

Foto: Facebook

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di wilayah Uthai Thani, Thailand bertindak menyerang guru wanitanya selepas berang kerana tidak memperoleh markah penuh dalam peperiksaan, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kejadian itu terbongkar apabila mangsa berkongsi pengalamannya dengan seorang guru terkenal yang mengendalikan laman Facebook Teacher Arty.

Menurut mangsa, ketika kejadian, pelajar terbabit menghampirinya di dalam kelas untuk bertanyakan keputusan peperiksaan. Guru tersebut memaklumkan bahawa pelajar berkenaan memperoleh 18 daripada 20 markah.

Tidak berpuas hati, pelajar itu meminta penjelasan mengapa markah penuh tidak diberikan. Mangsa kemudian menjelaskan bahawa walaupun jawapan pelajar tersebut adalah betul, beliau gagal menunjukkan langkah penyelesaian seperti yang diarahkan dalam tugasan.

Penjelasan itu bagaimanapun menyebabkan pelajar tersebut hilang kawalan lalu bertindak menumbuk dan menendang mangsa berulang kali. Serangan hanya terhenti selepas seorang guru lelaki tiba di tempat kejadian.

Akibat insiden itu, guru wanita berkenaan mengalami lebam di bahagian mata, bengkak di kepala dan kecederaan serius pada tulang rusuk. Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Nong Chang.

Sementara itu, ibu bapa pelajar berkenaan menghubungi mangsa untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka. Pihak sekolah juga telah mengambil tindakan menggantung pelajar tersebut.

Sumber: Thaiger

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us