Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pelajar UPM Hilang Dikesan Berada di Johor

Ibu bapa bertolak ke Johor untuk mencari anak mereka.
Aimi Amira Nordin
20 Jan 2023, 09:00 AM

pelajar upm hilang dikesan berada di johor

Seorang pelajar tahun pertama Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi yang hilang sejak Jumaat minggu lalu dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, lokasi pelajar berkenaan dapat kesan berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.

"Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya telah ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.

"Jadi kita percaya pelajar berkenaan pergi menaiki bas menuju ke Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Selamat Ke-19 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini pada Khamis.

Mohd Irfan Hakimi kali terakhir dilihat oleh rakan sebiliknya ketika pergi menunaikan solat Jumaat menaiki motosikal Yamaha LC135. 

Bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas panggilan telefonnya tidak diangkat pelajar berkenaan. 

Ibu bapa pelajar berkenaan telah dimaklumkan mengenai keberadaan anak mereka dan telah menuju ke Johor untuk mencarinya. 

Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 bagi membantu siasatan. 

Sumber : Awani & Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us