Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Apr 2025, 11:25 AM

pelakon veteran noor azizah meninggal dunia

Foto: Astro Awani

Industri perfileman tempatan telah kehilangan seorang lagi pelakon senior yang dihormati, Datin Noor Azizah Azizul Hassan, yang telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Menurut sumber dari Astro AWANI, pelakon berusia 79 tahun tersebut meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, sekitar pukul 3 pagi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Khairena, kepada wartawan hiburan veteran, Muzlina Abu Bakar.

Muzlina, yang juga merupakan sahabat rapat kepada Allahyarham, mengesahkan bahawa Noor Azizah meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham Noor Azizah terkenal selepas membintangi filem Enam Jahanam arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan sekitar tahun 1969, yang sekaligus meluaskan popularitinya dalam dunia perfileman.

Karier beliau bermula secara tidak sengaja ketika beliau mengunjungi Studio Jalan Ampas di Singapura.

Di sana, kecantikan Allahyarham menarik perhatian seniman Datuk Ahmad Mahmud, yang menawarkannya untuk membintangi filem Dayang Senandong pada tahun 1965 sebagai pelakon tambahan.

Selain itu, beliau juga pernah menerima tawaran untuk berlakon sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia Malin Kundang pada tahun 1971, bersama aktor terkenal negara tersebut, Rano Karno.

Allahyarham juga pernah memegang watak Dr. Susan Lim dalam drama bersiri terkenal dari Australia, Bailey Bird, yang ditayangkan pada tahun 1977.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us