Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pelatih PLKN Perlu Lapor Diri, Tindakan Undang-Undang Jika Gagal Hadir – JLKN

IDRUS, Husna Najwa
16 May 2025, 10:38 AM

pelatih plkn perlu lapor diri, tindakan undang-undang jika gagal hadir – jlkn

Individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 perlu melapor diri selewat-lewatnya 12 tengah hari esok seperti ditetapkan dalam surat panggilan rasmi.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan kehadiran pelatih adalah diwajibkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.

pelatih plkn perlu lapor diri, tindakan undang-undang jika gagal hadir – jlkn

Foto: Bernama

Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak menghadirkan diri bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Kenyataan itu memaklumkan sebarang usaha oleh pihak lain untuk menghasut atau memujuk mana-mana pelatih agar tidak hadir tanpa kebenaran juga adalah suatu kesalahan yang serius mengikut Seksyen 19(2), akta yang sama.

"Jabatan ini menyeru semua yang terlibat agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kelancaran pelaksanaan program serta pembangunan jati diri generasi muda negara,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh hubungi Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian 019-310 1090 (Mej Muhammad Saufi Hasan), 019-333 2467 (Lt Muhammad Farish Syahmi Zamri) dan 014-234 5989 (Kapt Muhammad Hatta Mohd Khalid) atau layari laman web rasmi di https://jlkn.mod.gov.my.

Sumber: Bernama

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us