Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pelawak Legenda Santan Berlada, Khairul Azhar Meninggal Dunia pada Usia 70 Tahun

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 May 2025, 10:56 AM

pelawak legenda santan berlada, khairul azhar meninggal dunia pada usia 70 tahunFoto: Astro AWANI

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi bintang legenda apabila pelawak veteran, Khairul Azhar Abdul Samad, yang dikenali ramai menerusi sitkom popular era 1980-an Santan Berlada, meninggal dunia pada malam Khamis, 29 Mei 2025.

Allahyarham, yang berusia 70 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan beliau telah meninggal dunia pada jam 10.37 malam.

Berita pemergian Khairul Azhar mengejutkan ramai, terutamanya peminat dunia komedi tempatan yang membesar dengan jenaka-jenaka santai namun tajam melalui siri Santan Berlada.

Sitkom itu bukan sahaja mengangkat nama beliau, malah turut memperkenalkan gandingan ikonik bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan. Kumpulan ini juga pernah merakamkan sebuah album komedi terbitan Suria Records pada tahun 1993, yang mendapat sambutan hangat ketika itu.

Menurut ahli keluarga, Allahyarham pernah menghidap penyakit paru-paru berair, namun punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti secara rasmi. Khairul meninggalkan dua orang anak perempuan, iaitu Nor Hafizah, 41 tahun dan Nur Shahirah, 25 tahun. Isterinya, Norsidah Ahmat, telah terlebih dahulu meninggalkan beliau pada Jun tahun lalu akibat penyakit kanser darah.

Jenazah Allahyarham dijadualkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang, selepas solat Jumaat. Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga apabila sahabat handai dan rakan seperjuangan mula hadir memberikan penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang berkongsi kenangan manis bersama Allahyarham ialah pelakon dan pengarah tersohor, Datuk Fauziah Nawi. Beliau menyifatkan Khairul sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan menganggapnya seperti keluarga sendiri.

"Arwah selalu panggil saya Kak Ti. Dia seorang yang sangat menghormati orang dan sentiasa mendengar nasihat. Kami sudah seperti keluarga sendiri," katanya dalam nada sebak.

Pemergian Khairul Azhar merupakan satu kehilangan besar buat industri seni tanah air, khususnya dalam bidang komedi. Keperibadian beliau yang merendah diri dan karya-karya lucu yang menyentuh hati akan terus dikenang oleh peminat serta generasi pelawak yang akan datang.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us