Pengguna komputer riba atau laptop pasti pernah mendengar akan amaran menutup atau menampal pelekat pada kamera laptop masing-masing untuk mengelakkan daripada privasi anda digodam pihak tertentu secara senyap-senyap.
Bagaimanapun, menurut syarikat gergasi yang menghasilkan MacBook iaitu Apple, pengguna tidak perlu untuk menutup kamera pada laptop kerana ia akan merosakkan skrin.
Secara amnya, pengguna hanya perlu memerhatikan lampu penunjuk yang akan menyala apabila kamera hadapan laptop diaktifkan.
Menurut Apple dalam satu kenyataan, ruang sempit antara skrin dan badan laptop adalah tidak sesuai untuk diletakkan atau ditampal dengan sesuatu. Disebabkan itu, tindakan menampal pelekat pada kamera boleh memberi tekanan pada skrin, menyebabkan skrin menjadi rosak.
Selain itu, tindakan menampal pelekat pada kamera juga boleh mengganggu sensor cahaya dan menghalang keupayaan kecerahan automatik, selain menyebabkan True Tone dan Apple Retina tidak berfungsi dengan baik.
Apple bagaimana pun tidak pula menidakkan aktiviti godam yang dilakukan secara atas talian dengan mensasarkan data privasi pengguna khususnya kamera pada laptop.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna boleh menutup kamera hadapan laptop masing-masing dengan bahan legap seperti kertas hitam ketika sedang menggunakannya, dan menanggalkan ia sebelum laptop ditutup sepenuhnya. Tindakan ini dapat menyelamatkan diri anda daripada pencerobohan data privasi, dan memastikan laptop anda tidak cepat rosak.
Sumber: NYP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.