Memang selalu kita dengar kalau nak nampak kurus, kenalah pakai baju warna hitam. Tapi adakah ini mitos semata-mata ataupun memang betul. Kata ramai orang, warna hitam merupakan warna yang menawan. Memang kenyataan ini tak dapat disangkal lagi. Hitam adalah warna yang paling mudah dan sesuai dipakai oleh semua orang.
Tak kiralah anda berkulit cerah ataupun gelap, pakaian kasual ataupun formal, warna hitam merupakan warna kegemaran mana-mana individu disebabkan ilusi terhadap penampilan anda. Tapi, adakah benar ia boleh menjadikan seseorang itu kelihatan kurus? Warna hitam boleh buat anda nampak kurus?
Menurut Emily Keller yang merupakan seorang pereka fesyen berpengalaman dari Amerika Syarikat, memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam tidak akan buat anda jadi kurus, tapi mungkin boleh membuat seseorang itu nampak lebih kurus.
Tapi apa sebabnya?
Menurut kajian yang dilakukan oleh State University of New York, ini semua behubung kait dengan cara mata kita melihat sesuatu perkara berdasarkan warnanya.
Neuron yang terdapat dalam otak kita sering kali akan memperbesarkan rangsangan cahaya yang masuk ke dalam mata kita. Dalam erti kata yang lebih mudah, warna yang terang akan nampak lebih besar dan warna yang gelap akan kelihatan lebih kecil.
Jadi, jika anda merupakan seorang yang berbadan kecil, mengenakan pakaian yang berwarna terang mungkin akan menampakkan anda sedikit berisi. Namun, jika bentuk tubuh badan anda sedikit gemuk, sila pakai pakaian yang berwarna gelap agar anda tampak lebih “slim”, okay?
Sumber: Wedpedia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.