trending Pemancing Terkejut Setelah Menangkap Seekor Ikan Keli Emas Di Tasik Kenyir Lelaki yang menggunakan nama Mie Lawit untuk akaun Facebooknya itu mendakwa dia menangkap ikan itu di kawasan Tasik Kenyir, Terengganu pada jam 6 petang semalam. Editor 28 Jun 2018, 03:18 PM Share Tweet Seorang warga emas berjaya menangkap seekor ikan keli tapi ianya bukan ikan keli biasa yang berwarna hitam tetapi ikan keli ini berwarna keemasan dan sangat jarang dijumpai oleh orang ramai. Lelaki berkenaan memuatnaik gambar ikan keli keemasan itu yang berjaya ditangkapnya di laman sosial Facebook. Lelaki yang menggunakan nama Mie Lawit untuk akaun Facebooknya itu mendakwa dia menangkap ikan itu di kawasan Tasik Kenyir, Terengganu pada jam 6 petang semalam. Katanya dia tidak menduga akan mendapat ikan emas berwarna emas ini dan kali pertama melihat ikan keli jenis ini. Ramai Netizen menyatakan ikan keli itu adalah dari spesies Limbat. Ikan keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar ataupun kawasan sawah. Ikan keli ini mempunyai ukuran tubuh dua kali lebih besar dari keli biasa serta berwarna kuning pekat. Ikan keli jenis ini juga dipercayai sudah pupus dan sangat jarang ditemui.Sumber dari Facebook Mie LawitDengarkan Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm Share Tweet Filled Under : trendingpeliktapibenar *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.