Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pemandu Bas Mohon Maaf kepada Keluarga Mangsa Nahas Pelajar UPSI

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Jun 2025, 11:21 AM

pemandu bas mohon maaf kepada keluarga mangsa nahas pelajar upsiFoto: Harian Metro

Pemandu bas yang terlibat dalam nahas tragik membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Permohonan maaf itu dizahirkan menerusi kenyataan kepada pihak media, walaupun beliau belum dibenarkan membuat sebarang ulasan lanjut berkaitan siasatan rasmi.

“Saya minta maaf kepada keluarga mangsa, pelajar UPSI,” ujar pemandu terbabit dengan nada kesal apabila dihubungi wartawan.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak syarikat bas juga sedang menunggu arahan lanjut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan puluhan penumpang lain.

"Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasik brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar.

"Apa yang saya buat ketika itu adalah cuba mengelak dari kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku.

"Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcham dan ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

"Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan hakikat sebenar saya cuba mengelak dari melanggar kenderaan mereka namun disebabkan kejadian yang berlaku adalah kawasan selekoh, saya tidak mampu berbuat apa-qpa," katanya yang kini berada di Hospital Taiping, Perak.

Beliau yang berpengalaman membawa bas sejak 2016 berkata, ketika brek bas tidak berfungsi, dia sudah menjerit kepada pelajar supaya bersedia dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

"Mereka yang berada di kerusi depan mungkin sedar dengan arahan saya, namun yang berada di belakang kebanyakannya sedang tidur dan menyangka saya sedang marah.

"Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak bergungsi sejauh lebih satu kilometer dan apa yang pasti saya sudah cuba yang terbaik sebagai pemandu bas untuk mengelak kemalangan itu.

"Saya tidak memandu laju sebagaimana yang tular kerana saya sendiri arif dengan laluan Jeli-Gerik, apatah lagi lokasi kejadian itu sedang menuruni bukit," katanya sambil menahan tangis.

Jelasnya, apabila bas berkenaan terbalik, dia sendiri pengsan seketika sebelum sedar dan menjerit kepada pelajar meminta mereka keluar daripada cermin hadapan bas yang pecah.

"Saya merangkak keluar daripada cermin depan dan ketika itu saya melihat keadaan pelajar semua. Saya sendiri sedih dan menangis dengan apa yang berlaku, namun apakan daya, Allah uji saya dengan kemalangan berat ini.

"Sepanjang saya memandu bas, ini adalah pertama kali saya terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa dan sebagai pemandu bas, sudah tentu saya rasa sangat bersalah.

"Namun apa yang berlaku tidak mampu diundurkan masa, saya hanya mampu meminta maaf kepada semua dan saya menyerahkan siasatan kepada pihak polis," katanya yang berasal di Besut, Terengganu.

Dalam pada itu, syarikat Kenari Utara Travel & Tours yang mengendalikan bas berkenaan menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa. Menurut kenyataan syarikat, mereka amat sedih dengan kejadian tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar nahas.

Kejadian pada awal pagi Sabtu lalu itu berlaku di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat apabila bas yang membawa 37 pelajar dan dua kakitangan UPSI terbabas lalu terbalik.

Rakaman dashcam tular di media sosial menunjukkan bas dipandu dengan laju dan dipercayai cuba memotong sebelum hilang kawalan. Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar manakala selebihnya tersepit di dalam kenderaan.

Seramai 15 penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 27 yang lain mengalami kecederaan pelbagai tahap. Dua kakitangan UPSI turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Operasi menyelamat mengambil masa beberapa jam dengan bantuan pasukan bomba, polis, dan agensi penyelamat tempatan.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera pemuka (dashcam) serta mengambil keterangan daripada saksi kejadian. Siasatan turut melibatkan aspek teknikal kenderaan serta latar belakang pemandu termasuk rekod kesihatan dan keletihan semasa bertugas. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai tindakan lanjut terhadap pemandu atau pihak syarikat, namun proses reman akan dibuat sejurus pemandu dibenarkan keluar dari hospital.

Tragedi ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat umum mengenai tahap keselamatan pengangkutan yang digunakan oleh institusi pendidikan. Banyak pihak menggesa agar pemantauan lebih ketat dilakukan terhadap kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar, termasuk pemeriksaan teknikal berkala dan penilaian psikologi terhadap pemandu.

Suasana duka masih menyelubungi kampus UPSI di Tanjung Malim, dengan majlis tahlil dan doa selamat diadakan bagi mengenang mangsa yang terkorban. Bendera universiti turut dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us