Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pemandu Van Sekolah Ditahan Selepas Tular Video Turunkan Pelajar Ketika Kenderaan Masih Bergerak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Aug 2025, 10:43 AM

pemandu van sekolah ditahan selepas tular video turunkan pelajar ketika kenderaan masih bergerakFoto: Tangkap layar Facebook

Seorang pemandu van sekolah ditahan polis selepas tindakannya menurunkan serta mengambil dua orang pelajar ketika kenderaan masih bergerak tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan, rakaman video tersebut mula dimuat naik di akaun Facebook sekitar jam 5.43 petang semalam dan segera mengundang perhatian orang ramai.

 

 

“Hasil semakan awal mendapati rakaman berkenaan jelas menunjukkan sebuah van sekolah menurunkan dan mengambil dua pelajar dalam keadaan kenderaan masih bergerak.

“Perbuatan itu amat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan pelajar terlibat serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Susulan semakan lanjut, polis berjaya menjejaki pemandu van terbabit yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan insiden tersebut supaya tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berdekatan atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

Naazron pada masa sama turut menasihati semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan awam yang membawa pelajar, agar sentiasa mematuhi undang-undang trafik dan mengutamakan keselamatan penumpang demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us