Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pembedahan Tulang Belakang Lancar, Zamani Sah Sudah Sedarkan Diri

Zamani dinasihatkan rehat secukupnya selepas 48 jam dipantau doktor!
Izwan
09 Nov 2022, 05:02 PM

Penyanyi Zamani yang telah selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis dilaporkan sudah sedarkan diri pada Isnin lalu.

pembedahan tulang belakang lancar, zamani sah sudah sedarkan diri

Memetik laporan Gempak, isteri kepada vokalis kumpulan Slam itu, Juliana Abd Rani meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan suami berjalan dengan lancar.

“Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, Zamani sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor di hospital. InsyaAllah dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sekeluarga enggan menerima sebarang kunjungan daripada pihak luar bagi memberi peluang buat Zamani untuk berehat secukupnya setelah pembedahan tersebut.

“Kami sekeluarga sangat menghargai keprihatinan semua yang mengambil berat dan bertanya khabar.

“Walau bagaimanapun kami memohon kerjasama dari semua pihak untuk memberi ruang kepada beliau dan keluarga diwaktu ini kerana Zamani masih berada di dalam keadaan lemah dan perlukan banyak rehat.

“Seperti mana yang semua sedia maklum pembedahan yang dijalankan adalah satu pembedahan yang besar maka untuk pulih dan kembali sihat pasti mengambil sedikit masa.

“Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan dan pemulihan terhadap beliau berjalan dengan lancar.

“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu untuk melawat Zamani buat masa ini. Diharap semua dapat memahami keadaan Zamani dan keluarga ketika ini,” ujarnya.

Semoga semua urusan Zamani berjalan lancar dan mendapat rehat sebaiknya setelah proses pembedahan yang dijalaninya.

Sumber: Gempak
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us