Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa pemilihan kasut merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan kesihatan postur tubuh kita, terutamanya tulang belakang. Bagi mereka yang bekerjaya, kasut dipakai hampir keseluruhan hari dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi ketahanan badan kita. Hal ini lebih berisiko sekiranya pekerjaan kita memerlukan masa berdiri yang lama.

Sebelum kita membeli kasut yag baru, berikut adalah aspek-aspek yang perlu diteliti dahulu.
- Cuba jalan di dalam kasut tersebut untuk memastikan ianya selesa dan saiz yang bersesuaian
- Pastikan terdapat ruang di hujung kasut tersebut untuk jari kaki kita – sekurang-kurangnya setengah inci.
- Pastikan kasut tersebut ada ruang (tidak terlalu ketat) untuk stoking dan alat bantuan kaki yang lain (seperti pengalas tumit)
- Selepas diikat, pastikan terdapat lebihan ruang sedikit di bahagian buku lali dan tumit.
Kita sudah beli dan kasut yang dibeli selesa dan melengkapi kriteria di atas. Penjagaan kasut yang rapi juga memastikan ianya berada pada keadaan yang baik dan tahan lama. Sentiasa periksa kasut anda untuk mengesan mana-mana bahagian yang terkoyak atau haus. Ganti atau baiki tempat-tempat tersebut secepat mungkin.
Berikut pula langkah penjagaan kaki bagi memastikan kaki yang sihat dan bersih:
- Basuh kaki anda setiap hari menggunakan sabun untuk mengelakkan kulit mati dan komplikasi kuku kaki
- Pastikan kuku kaki pendek dan bersih
- Sentiasa pakai stoking yang bersih
- Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik
- Pastikan anda mempunyai beberapa pasang kasut supaya boleh diselang-selikan. Hal ini untuk membiarkan kasut anda untuk ‘bernafas’
- Gunakan bedak kaki sekiranya kaki anda cepat berpeluh
Sumber: Safety and Health Magazine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.