Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

[Video] ‘Content’ Hilang Di Hutan, Pempengaruh Malaysia Boleh Dikenakan Tindakan - Polis Indonesia

Aimi Amira Nordin
07 Feb 2025, 02:24 PM

Pempengaruh Malaysia yang mendakwa kehilangan kawan mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia boleh dikenakan hukuman berat oleh negara tersebut berikutan menyebarkan berita palsu.

Media Indonesia melaporkan, polis turut memberitahu bahawa kandungan yang dihasilkan juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.

Menurutnya, pempengaruh Malaysia bernama Eykaa yang dikatakan hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, ternyata hanya ‘content’ untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikutnya sahaja.

 

@amnazhan SYUKUR ALHAMDULILLAH TEAM @𝓡 𝓐 𝓢 𝓩 ★ᴡꜰᴘ★ BERJAYA JUMPA EYKA SETELAH 3 HARI !! ALLAHUAKBAR !!! TERIMA KASIH INDONESIA & MALAYSIA @TIM TROBOS MITOS ♬ original sound - Ammar Nazhan

“Mereka telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa perkara tersebut tidak akan diulangi.

“Mereka juga tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu,” ujarnya.

Hal ini kerana, mengikut Undang-Undang Nombor 11 (2008) berkaitan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM270.75.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial bernama Eykaa dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan telah ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung di aplikasi TikTok.

 

@amnazhan

Kami masih mencari eyka dari pagi sampai sekarang. Bantuan sudah tiba. Pihak berkuasa akan cuba terbaik membantu kami. Doa kan kami buat rakyat MALAYSIA & INDONESIA 🇲🇾🇮🇩

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us