
Seorang pemuda 28 tahun, Mochammad Khamim Setiawan selamat tiba di Makkah suntuk mengerjakan ibadah Haji selepas berjalan dengan jarak 9000 kilometer dari Indonesia.
Dengan mengenakan pakaian yang tertulis ayat” Saya dalam perjalanan ke Makkah dengan hanya berjalan kaki dan apa yang saya lakukan ini demi kerana Allah”. Dia memulakan perjalanan dari kampong halamannya yang bertempat di Jawa Tengah pada 28 August 2016 dan perjalanan ke Makkah mengambil masa selama setahun.
Dia melalui pelbagai negara antaranya Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Oman, United Arab Emirates, dan akhir sekali di Arab Saudi.
Khamim juga kerap berpuasa di siang hari dan lebih gemar memulakan perjalanan pada waktu malam. Sepanjang perjalanannya, dia bermalam di masjid dan di rumah penduduk tempatan serta mendirikan khemah di dalam hutan. Selain itu, dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang menbantunya dengan menghulurkan sedikit makanan.
“Saya tidak pernah meminta tetapi saya selalu berjumoa dengan orang yang baik dan peramah dengan memberikan saya sedikit makanan dan juga menyediakan tempat tinggal untuk saya. Kedatangan saya juga dialukan oleh masyarakat Buddha di Thailand. Masyarakat Myanmar juga pernah memberikan saya sedikit makanan dan saya juga berjumpa dengan tokoh agama dari pelbagai negara di Masjid Jamat Tabligh yang terletak di India” jelas Khamim.
Khamim berkata cara untuk dia mendekatkan diri kepada Allah dan menyerahkan segalanya kepada Allah ialah dengan mendalami dan mempelajari agama Islam itu dari pelbagai aspek dengan berjumpa tokoh agama islam dari seluruh pelusuk dunia dan berjumpa dengan ramai orang dari serata benua untuk mempelajari budaya dan memerhati gaya hidup mereka.



Sumber dari ilmfeed
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.