Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Diberikan Kepada Peminjam

Penangguhan tersebut diberikan kepada peminjam yang hilang atau terjejas punca pendapatan.
nura
11 Jun 2021, 11:13 AM

Ekoran pandemik Covid-19, ramai yang dikabarkan terjejas dari segi punca pendapatan. Oleh itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menlanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama 3 bulan kepada peminjam yang hilang atau terjejas punca pendapatan.

penangguhan bayaran balik pinjaman ptptn selama 3 bulan diberikan kepada peminjam

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan dan penangguhan akan bermula pada bulan permohonan diluluskan serta dua bulan ke hadapan di antara Jun hingga Oktober.

"Kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja. Peminjam diingatkan mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berhubung kelulusan dapat disampaikan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sedia maklum bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik dengan harapan ia dapat membantu peminjam yang terkesan menguruskan kewangan dengan lebih baik dan bagi meringankan beban mereka ketika pandemik Covid-19.

Pada 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020, inisiatif yang sama telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua peminjam dan diteruskan kepada peminjam yang terkesan selama tiga bulan dari Januari hingga Mei 2021.

Ahmad Dasuki turut berkata permohonan penangguhan balik bayaran PTPTN boleh dilakukan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 mulai 10 Jun hingga 31 Ogos manakala bagi peminjam yang tidak terkesan, mereka boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.